CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 13, 2010

APA ERTI SEGULUNG IJAZAH


Konvokesyen yang amat bermakna dalam kehidupan sebahagian manusia yang bergelar mahasiswa. Setelah sekian lama berada di bangku kuliah menimba ilmu, menekuni buku yang berjilid-jilid, dan berhempas pulas berperang di medan ujian, kini harga penat lelah mereka dihargai dengan segulung ijazah yang diterima.


“Wah, ramainya mahasiswa yang grad tahun ni! Kalau macam ni, mustahil Malaysia akan kekurangan tenaga pakar seperti guru, doktor, peguam dan seangkatan dengannya dalam 5 tahun lagi,” fikir saya.


Dalam kesibukan orang bergembira mengambil foto dengan baju konvokenyen dan segulung ijazah di tangan, saya kembali terfikir, apakah erti segulung ijazah yang diterima itu?



Saya akui ijazah tersebut merupakan sebuah penghargaan dan anugerah atas kejayaan menamatkan pengajian, juga ‘lesen’ penting untuk melangkah ke alam pekerjaan. Tapi apakah hanya sekadar itu?


Apalah ertinya segulung ijazah jika kita belajar hanya sekadar untuk mengejar pointer yang tinggi. Apalah ertinya segulung ijazah jika ia dibeli dengan wang ringgit, tiada keikhlasan, penuh kepura-puraan, hanya untuk dibangga-bangakan, dan tiada mengenal erti kehidupan.


Dengan ijazah sebenarnya kita menggalas suatu tanggungjawab yang besar di hadapan Allah S.W.T. dan juga masyarakat. Ilmu yang diperoleh selama di bangku kuliah perlulah diamal dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Kemuliaan ilmu itu terletak apabila ia membawa kepada ketakwaan.



LEMBARAN BUAT WANITA SOLEHAH


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah ?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah ?

Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya,

yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...


Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar....


Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah,

harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah....

BAGAIMANA ANDA MENGURUSKAN MASALAH

Assalamualaikum...

Malam ini saya tetibe terase seperti nak update blog. Lame saya tinggalkan blog ni. Kekangan mase dan kesempatan membataskan untuk saya meluangkan masa terhadap blog ini.

Mungkin saya ni seorang yg suka memendamkan segale masalah. Jarang sekali saya bercerita seseorang. Saya ni tak suke sangat orang lain susah kerana saya. tapi saya ni seorang yg suka dengar masalah orang. Tapi tak pandai sangat la nak selesaikan, mungkin bagi cadangan dan nasihat sikit tu, ok la kot. Jadi saya rase malam ni saya nak tulis tentang bagaimana untuk menguruskan masalah.

Saya mempunyai seorang sahabat baik yang saya kenali sejak zaman persekolahan lagi. Alhamdulillah persahabatan kami berkekalan sehingga ke hari ini. Bagi saya itulah sahabat yang terbaik dikurniakan ALLAH kepada saya. Sahabat yang melihat saat kejatuhan dan kebangkitan saya dalam mengharungi kehidupan. Sahabat yang pernah mengeluarkan air mata ketika melihat keperitan perjalanan hidup saya, sahabat yang sentiasa memahami misi dan visi hidup saya, walaupun adakalanya misi dan visi kami amat berbeza.

Ya, kami terlalu banyak perbezaan. Namun perbezaan tersebut yang membantu kami untuk belajar memahami diri orang lain. Perbezaan tersebut menjadikan diri kami lebih fleksible terutama saya dalam menerima sesuatu perkara. Dari perbezaan tersebutlah saya belajar apa erti redha.

Satu perkara yang amat tidak disukai oleh sahabat saya, mengenai diri saya malahan beliau sentiasa berulang kali menegur saya ,supaya saya tahu bagaimana untuk meluahkan masalah. Ya, mungkin itulah kelemahan saya atau itu kelebihan saya sehingga melayakkan saya untuk mengambil kursus menjadi seorang kaunselor yang sememangnya untuk mendengar permasalahan orang lain. (hehehe, perasan ler pulak) . Saya hanya tahu menerima dan mendengar masalah orang lain, tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Macam mana tu…

Bagi saya berkongsi masalah adalah sesuatu yang sukar untuk saya lakukan. Saya sendiri tidak pasti mengapa, dan adakah ianya adalah satu masalah dalam kehidupan saya? Sebenarnya kesukaran tersebut berlaku kerana saya boleh berubah mengikut keadaan. Bak kata, masuk kandang kambing mengembek, bila masuk kandang harimau kita kena mengaum.

Ya, sekiranya kelmarin saya mempunyai masalah, saya tidak akan membawa masalah tersebut sehingga ke hari esok. Malahan dalam masa satu hingga dua jam selepas itu, saya sudah melupakannya. Bukan bermakna jika saya melupakan masalah tersebut, saya akan meninggalkannya tanpa menyelesaikan masalah tersebut, ianya akan tetap saya selesaikan tetapi saya cari masa yang sesuai untuk saya selesaikan, kerana itulah saya jarang bercerita tentang masalah yang saya alami. Sikap ini amat kontra dengan sahabat saya tersebut, yang pantang melihat muka saya pasti ada cerita yang diceritakan tentang masalahnya kepada saya, malahan adakalanya beliau mengulangi cerita yang sama sehinggakan saya hafal setiap kronologi yang berlaku. Lawak rasanya!. Apa pun saya hanya mendengar, namun itulah kemanisan dalam persahabatan.

kalau tanya bagaimana saya menguruskan masalah.. saya akan berpendapat begini:-

1. Saya akan berfikir bahawa masalah adalah suatu perkara yang datang dan pergi. Berpandukan kepada premis tersebut, maka pada saya masalah adalah sesuatu yang tidak boleh melekat di dalam hati, ia cuma perlu hadir seketika di dalam pemikiran, mencari penyelesaian, menentukan prioriti dengan masalah lain dan bergerak untuk menyelesaikannya.

2. Mengapa masalah tidak boleh melekat dalam hati dan hanya perlu hadir seketika? Jawapan yang saya ada ialah, masalah pada saya ibarat debu. Kalau tidak dibersihkan ia akan jadi kotoran. Kotoran yang dimaksudkan ialah kotoran hati. Apabila hati kotor dan sakit, maka ia akan mempengaruhi akal dan pertimbangan kita. Maka dengan itu, ia hanya boleh hadir dan cepat2 diuruskan sebijaksana yang mungkin.

3. Sebagai hamba, paling penting dan bermakna ialah, kita harus sedar dan insaf, semua yang berlaku adalah atas kehendak Ilahi. Ia adalah suatu ujian. Menguji kita sejauhmana kita bergantung harap kepada-Nya (Berdoa) dan berusaha dalam menguruskan kehidupan kita berlandaskan tatacara yang betul. Andaikata kita redha dan berusaha (Tawakkal), maka kita sebenarnya telah menuruti pra-syarat untuk menjadi manusia yang maju ke hadapan.
Salam dari saya… Jumpa lagi.

Monday, March 1, 2010

KEM BINA SEMANGAT BELAJAR


3 hari yang lepas, kumpulan saya untuk tugasan pengurusan bimbingan dan kauseling telah selamat menjalankan satu kem BISA selam 2 hari 1 malam bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim. Alhamdulilah kem kami ini telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari ahl kumpulan, fasilitator jemputan, pihak sekolah dan pelajar-pelajar darjah enam yang bakal menghadapi UPSR. Kandungan kem ini adalah berfokuskan kepada memupuk minat pelajar untuk belajar dan mengubah sikap yang negatif dalam diri pelajar supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi UPSR.
Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada kem ini. Kem ini banyak memberi ilmu kepada saya bagaimana untuk mengendalikan dan melaksanakan kem dengan berkesan melalui pemerhatian saya terhadap rakan-rakan fasi yang lain menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditugaskan. Ternyata mereka mempunyai banyak kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh seorang bakal kaunselor untuk menjalankan kem atau program. Alhamdulilah, kem kami juga mendapat reaksi dan refleksi yang positif dari peserta-peserta program dan guru sekolah.

Untuk itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan dan fasi jemputan kerana telah memberikan saya satu pengalaman yang berharga.


FASILITATOR

MY TEAM


FASI JEMPUTAN

PESERTA KEM

Thursday, February 25, 2010

S.T.R.E.S.S


Sudah menjadi fitrah bagi setiap insan terutamanya golongan mahasiswa/i sering berhadapan dengan stress di sebabkan oleh masalah akademik mahupun peribadi. Selaku golongan berpendidikan ataupun golongan intelak,stress adalah satu perkara yang positif sekiranya kita tahu hendak mengolah atau menaganinya serta mengurusnya dengan baik dan sistematik.


Pengurusan stress yang baik adalah lahir dari ketenangan diri yang ingin dan berani berhadapan dengan stress itu sendiri.Oleh itu, peringkat pertama untuk menguruskan stress ini adalah mencari ketenangan diri melalui S yang pertama iaitu SOLAT. Sebagai seorang muslim yang di berikan nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN oleh Allah s.w.t kita hendaklah bersyukur di atas pemberian nikmat ini dengan menjadikan Allah sebagai matlamat yang pertama dan utama dalam memohon pertolongan.Dalam mencari ketenangan diri, SOLAT merupakan satu cara yang paling sesuai dan berkesan kerana di dalam solatlah kita akan berhubung secara langsung dengan Allah s.w.t dan merupakan tempat mengadu yang paling menyentuh jiwa.Solat juga menjadi satu medium untuk kita mengingati Allah s.w.t dan ingatlah firman Allah s.w.t

Allah berfirman yang bermaksud:
”orang-orang beriman dan tenang hatinya adalah dengan mengingati Allah,ingatlah hanya mengingati Allah hati menjadi tenang”.(ar-Ra’d:28)


T yang seterusnya memainkan peranan penting dalam meneruskan pengurusan stress ini iaitu T-THINK POSITIVE. Sikap ini penting dan perlu ada pada diri setiap individu untuk membantunya dalam menguruskan stress diri dengan baik.Pemikiran atau mind set memainkan peranan penting dalam mengawal setiap tindakan yang dilakukan oleh setiap individu.Sebagai contoh,jika kita ingin melakukan sesuatu perkara,sekiranya kita menganggapnya sebagai satu tugasan yang agak susah atau membebankan sebelum melakukanya sudah pasti di dalam proses kita melakukan perkara tersebut sudah pasti kita akan berhadapan dengan kesusahan dan bebanan dalam menyelesaikan kerja tersebut. Tetapi sebaliknya, jika sebelum melakukan sesuatu kerja kita menganggapnya sebagi satu kerja yang senang dan seronok sudah tentu kita akan berasa senang dan tenang dalam menyesaikan kerja tersebut.Mungkin kadang-kadang kita akan berhadapan atau menerima sesuatu perkara yang kita tidak sukai yang menyebabkan diri berada dalam keadaan tertekan dan sedih.Tapi ingatlah!mungkin perkara yang kita tidak sukai itu adalah sesuatu yang terbaik untuk diri kita buat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang dan mungkin perkara yang sangat kita sukai itu merupakan satu perkara yang tidak memberikan sebarang kebaikan pun pada diri kita bahkan boleh memudaratkan diri kita sendiri. Perkara ini telang di jelaskan oleh Allah s.w.t di dalam kitabnya:


Allah berfirman yang bermaksud:
"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak menegetahui”.(al-Baqarah:216)


Salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya stress ini adalah kerana badan dan minda kita terlalu letih dan penat dengan bebanan pembelajaran dan juga perkara-perkara lain seperti assigment dan juga tugasan dalam berpesatuan ataupun projek kolej.Oleh itu,sebagai penyelesainya kita hendak memberikan peluang dan ruang untuk pada diri dan minda kita untuk R-REHAT seketika.Saya bukan maksudkan bahawa rehat itu dengan kita bersahaja tanpa melakukan sesuatu perkara ataupun tidur semata-mata tetapi rehat di sini adalah kita melakukan sesuatu perkara yang mampu merehatkan minda dan diri kita seperti membaca AL-QURAN atau melakukan perkara ringan yang menenangkan dan sebagainya.


Sudah menjadi fitrah bagi remaja zaman sekarang yang sentiasa inginkan hiburan.Selaku seorang muslim yang beriman pada Allah s.w.t kita hendaklah faham bahawa hiburan bukanlah sesuatu kesalahan di dalam Islam sekiranya ia diterajui dengan cara yang betul yang tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah serta tidak melanggar perintah Allah s.w.t.Faktor yang lainnya yang menyebabkan sterss adalah di sebabkan kita terlalu sibuk dengan pelajaran dan juga tugasan-tugasan lain sehinggakan tidak dapat memberi peluang pada diri untuk berhibur seketika.Oleh yang demikian,E seterusnya dapat membantu kita dalam menguruskan stress ini iaitu E-ENTERTAIN yourself.Hiburan atau raikan diri di sini saya maksudkan adalah hiburan yang dapat membina diri bukannya melalaikan.


Selalunya orang yang mengalami stress ini akan bersikap dingin dengan orang lain dan juga sentiasa berada dalam keadaan murum.Oleh itu,dalam proses pengurusan stress yang berkesan dalam menangani sikap ini ialah dengan mengamalkan S yang seterusnya iaitu sentiasa SENYUM selalu. Dengan mengamalkan sikap sentiasa senyum ini dapat membantu minda kita dalam melawan sikap atau perasaan dingin dan murum pada orang lain.Dalam Islam juga Rasulullah s.a.w menggalakan umatnya sentiasa mengamalkan senyum selalu kerana ”senyum itu adalah sedekah” dan dengan senyum itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat yang lain.


Akhirnya dalam menguruskan stress yang berkesan ini kita hendaklah mencari atau mendapatkan S yang terakhir iaitu mencari SUPPORT.Mencari sokongan ataupun support ini perlu bagi setiap individu dalam memberikan semangat dan sebagai motivasi kepada diri seseorang itu.Sebagai contoh,sekiranya seseorang itu menghadapi tekanan di sebabkan masalah akademik,dia boleh menghilangkan tekanannya itu dengan mencari sokongan daripada pensyarah ataupun sahabat-sahabat terdekat yang mampu menyelesaikan masalah akademiknya itu.Sokongan amat penting dalam menaikan semangat seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.Sebab itu, dalam konsep kehidupan ini,Allah s.w.t dan juga Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya hidup dalam keadaan berjemaah ataupun berorganisasi kerana dengan hidup berjemaah inilah mampu memberikan kekuatan pada setiap ahlinya.Saling menasihati dan memberikan galakkan serta sokongan merupakan satu perkara yang perlu di amalkan dalam konsep kehidupan berjemaah ini agar setiap individu mersakan mereka tidak berseorangan dan mempunyai sokongan yang ramai dalam melakukan sesuatu perkara.


Kesimpulannya, pengurusan stress yang baik mampu melahirkan individu yang hebat dan matang dalam meneruskan kehidupan ini selaku hamba yang beriman dalam mengejar keredhaan Allah s.w.t...Renung-renungkan dan sama-sama kita beramal denganya..
SUMBER:


(MASTER KEY OF TARBIYAH)

Wednesday, February 24, 2010

KESAN PEMIKIRAN POSITIF TERHADAP KESIHATAN DAN BADAN




Tubuh merupakan hamba minda. Ia mematuhi operasi minda, tidak kira samada ia sengaja dipilih atau otomatik. Fikiran yang kusut memberi penyakit pada badan, manakala fikiran yang gembira, mencantikkan tubuh.Penyakit & kesihatan berakar dari pemikiran. Fikiran yang jahat diluahkan melalui tubuh yang jahat. Perasaan takut boleh membunuh. Manusia yang sentiasa khuatirkan penyakit akan mendapatnya. Kerisauan merendahkan moral seluruh tubuh, membuka pintu terhadap penyakit, manakala fikiran yang jahat walaupun yang tidak dilayan akan memusnahkan sistem saraf.Fikiran yang kuat, suci dan gembira menghidupkan tubuh. Tubuh umpama alat plastik yang halus yang bertindakbalas terhadap minda dimana fikiran akan memberi kesan yang baik atau buruk.


Manusia yang berfikiran jahat akan mempunyai darah yang kotor dan beracun. Hati yang bersih membentuk kehidupan dan tubuh yang bersih. Fikiran merupakan pusat bagi tindakan, kehidupan dan manifestasi. Sucikan pusat, dan segalanya akan menjadi suci.Penukaran diet tidak akan membantu manusia yang tidak mengubah cara pemikirannya. Apabila fikiran adalah suci, dia tidak mengingini makanan yang tidak suci.Fikiran yang bersih membentuk perlakuan yang bersih. Pakar agama yang tidak membersihkan diri bukanlah pakar agama. Kawal minda untuk menyempurnakan tubuh.


Cantikkan minda sebagaimana anda mencantikkan tubuh. Fikiran jahat seperti kebencian dan kekecewaan membawa penyakit kepada tubuh. Muka yang masam disebabkan fikiran yang masam. Kerut di dahi dilukis oleh kebanggaan.Tiada doktor sebagus fikiran yang positif untuk menyembuhkan sakit badan manakala hati yang baik boleh menghindarkan kesedihan. Jika kita sentiasa dilamuni perasaan curiga dan syak wasangka, kita seolah-olah memenjarakan diri. Jika kita mengharapkan yang terbaik bagi orang lain, sentiasa gembira dan belajar dengan sabar untuk mencari kebaikan dalam segalanya - fikiran yang tidak mementingkan diri ini merupakan pintu ke syurga; dan fikiran yang aman akan menenangkan pemikirnya.


Moral /pengajaran :


1)- Pemikiran positif adalah ubat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kanser dan barah otak


2)- Pemikiran positif adalah satu 'alat' yang mampu mengubahkan 'alam dan perasaan' minda separa kita.


3)- Pemikiran positif mempengaruhi afektif dan t/laku kita.


4)- Berfikirlah secara positif apabila kita berbicara tentang diri sendiri ,rakan-rakan,saudara mara ,keluarga ,majikan dan lain-lain


5)-Pemikiran positif mampu membawa kita kearah kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan ,kerjaya ,pergaulan sosial dan lain-lain.6)Fikiran positif juga mampu menyerikan,mencantikkan dan memudakan wajah. Sentiasa tersenyum ,bertenang dan gembira selalu.

Monday, February 22, 2010

SIAPAKAH KITA SEMASA SOLAT



Sebenarnya Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:- yang bermaksud


“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-


"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


SIAPAKAH KITA?

KAEDAH-KAEDAH KAUNSELING


Sejak kemunculan bidang ilmu kaunseling, terdapat kira-kira 200 pendekatan yang boleh digunakan untuk memberi kaunseling pada individu yang memerlukannya. Kaunselor yang luas pengalamannya akan memilih teori-teori yang dapat disesuaikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien agar bidang masalah yang dihadapi oleh klien dapat diatasi dengan berkesan. Daripada banyaknya bidang pendekatan itu, dapat dikumpulkan ke dalam empat kategori pendekatan iaitu:

1. Pendekatan psikoanalitik
2. Pendekatan kognitif
3. Pendekatan afektif
4. Pendekatan tingkah laku

Pendekatan Psikoanalitik


Diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berlatar belakangkan kehidupan Yahudi. Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation) selepas berjaya dalam amalan hipnotisa (hypnosis). Freud menggunakan kaedah assosiasi untuk menerokai minda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan psikoanalitiknya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar yang dipunyai.

Pada pandangan Freud, manusia secara fitrahnya bersifat dinamik iaitu terdapat perpindahan atau transformasi dan pertukaran tenaga dalam pembentukan personaliti manusia. Pendapat-pendapat yang diutarakan oleh Freud terbukti secara saintifik kini.

Kaunselor profesional yang mengamalkan pendekatan psikoanalitik akan menggalakkan klien mereka memerihalkan dan bercakap apa sahaja yang datang dalam ingatan, terutama sekali peristiwa-peristiwa yang dilalui semasa berada di tahap kanak-kanak. Melalui pendekatan ini kaunselor cuma membentuk persekitaran atau atmosfera di mana klien akan merasai bebas untuk melahirkan isi hatinya.

Pendekatan inu mempunyai pelbagai komplikasi dan kompleksiti. Arlow (1984) menyatakan bahawa pendekatan psikoanalitik berjaya digunakan untuk mengatasi mereka yang mempunyai pelbagai kecelaruan termasuklah gangguan histeria, narcissism, reaksi obsessif-kompulsif, kecelaruan peribadi, ketakutan, phobia dan kecelaruan seksual.


Pendekatan Kognitif


Ahli kaunseling menggunakan pendekatan kognitif dengan memberikan tumpuan kepada pemikiran manusia (thinking). Ahli teori kognitif percaya bahawa pemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku manusia. Jika individu mengubah cara berfikir, perasaan dan tingkah lakunya juga akan mengalami perubahan melalui modifikasi tingkah laku. Salah satu pendekatan kognitif yang popular telah dikembangkan oleh Albert Ellis (1962) yang dikenali sebagai terapi emotif-rasional atau RET (Rational-Emotive Therapy). Albert membesar dalam keluarga Yahudi di Pittsburg, Amerika Syarikat. Di usia remajanya, beliau menjadi atheist disebabkan perceraian kedua ibu bapanya.

Terapi emotif-rasional mengandaikan bahawa manusia secara lahiriah adalah rasional dan tidak rasional, logikal dan gila (crazy). Ellis juga percaya bahawa sifat duaan (duality) secara semulajadi ini diwarisi dan akan terus dipunyai andainya tiada apa-apa pembelajaran berlaku yang akan mengubah cara pemikiran baru pada individu. Ellis telah menggariskan sebelas kepercayaan tidak rasional yang seringkali dipunyai oleh manusia yang menyusahkan dan boleh menimbulkan pelbagai gangguan emosi.

Kaunselor dalam pendekatan RET ini mengambil peranan yang aktif dan terus (direct). Kaunselor berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan membetulkan kognisi klien. Ellis telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi yang perlu dipunyai oleh kaunselor yang akan menggunakan RET. Mereka haruslah cerdik, berpengetahuan luas, empathetik, tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk menolong orang dan merupakan pengguna teknik RET.

Terapi emotif-rasional didapati mudah dilaksanakan dan berkesan. Kaedah ini berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja. RET berkesan untuk mengatasi masalah kecelaruan affektif, kecelaruan ketakutan dan penyesuaian. Di samping RET, analisis transaksional (transactional analysis) merupakan juga suatu kaedah dalam pendekatan kognitif.


Pendekatan Afektif

Antara kaedah kaunseling dalam pendekatan affektif yang popular ialah kaunseling pemusatan-insan (person-centered counseling) diikuti dengan kaunseling ‘existential’ dan terapi gestalt.

Pendekatan kaunseling pemusatan-insan diperkenalkan oleh Carl Rogers yang dibesarkan di Illinois, Amerika Syarikat dalam keluarga Kristian. Ahli dalam pendekatan ini mempercayai bahawa manusia adalah untuk yang baik. Manusia mempunyai ciri-ciri peribadi positif, konstruktif, sentiasa bertindak maju ke hadapan, realistik dan boleh dipercayai. Setiap insan sedar dan mempunyai daya gerakan untuk mencapai ‘penghakikian kendiri’ (self-actualization). Pada pendapat Rogers, penghakikian kendiri merupakan arah motivasi yang mengarahkan tingkahlaku manusia yang mempengaruhi dirinya sebagai manusia keseluruhannya. Setiap insan mempunyai kecenderungan asas untuk berusaha mencapai penghakikian diri sebenar. Ahli teori pemusatan-insan percaya setiap insan berupaya untuk mencari makna peribadi diri dan tujuan kehidupan di muka bumi ini.

Peranan kaunselor dalam pendekatan ini dikatakan bersifat holistik atau keseluruhan. Kaunselor akan menentukan dan membentuk suasana di mana klien merasai bebas untuk menerokai keseluruh aspek dirinya. Kaunseling dalam pendekatan ini memberikan tumpuan kepada hubungan kaunselor dan klien. Kaunselor sentiasa berhati-hati dan sedar dengan bahasa, perkataan dan gerakbalas klien.

Pendekatan pemusatan-insan ini berjaya untuk mengatasi pelbagai masalah upaya umpamanya masalah kepimpinan. Penyesuaian psikologikal, masalah pembelajaran, frustrasi dan berjaya menolong mengurangi sifat-sifat defensif.


Pendekatan Tingkah Laku

Ahli teori dengan menggunakan pendekatan tingkah laku memberikan tumpuan kepada pelbagai bentuk tingkah laku klien. Ahli-ahli dalam pendekatan ini percaya manusia mempunyai masalah disebabkan ketidakupayaan untuk mengubah tingkah laku sesuai dengan kehendak persekitaran. Kaunselor yang menggunakan kaedah tingkah laku berusaha untuk menolong kliennya sama ada menpelajari sesuatu yang baru, bertingkah laku secara diterima atau cuba untuk memodifikasi atau menghapuskan tingkah laku yang keterlaluan.

Pendekatan tingkah laku selalu digunakan ke atas individu yang mempunyai masalah yang spesifik seperti kecelaruan makan, penyalahgunaan dadah, ketidakfungsian seksual dan beberapa kecelaruan lain termasuklah masalah ketakutan, tekanan, assertif, keibubapaan dan interaksi sosial.

B.F Skinner merupakan tokoh terkemuka yang menggunakan pendekatan tingkah laku. Beliau dilahirkan di Pensylvania, Amerika Syarikat. Kebanyakan teori yang dibentuk oleh Skinner berpunca daripada kajian ke atas binatang. Skinner percaya pembelajaran merupakan penentuan paling asas berhubung dengan tingkah laku manusia.

Ahli kaunseling dengan pendekatan tingkah laku percaya bahawa semua tingkah laku yang diperhatikan oleh individu sama ada yang sesuai atau tidak adalah dipelajari. Peranan kaunselor dalam pendekatan tingkah laku adalah aktif sepanjang sesi kaunseling. Klien akan belajar, kadang kala tidak belajar atau belajar semula tatacara yang khusus untuk tingkah laku.

APA ITU KAUNSELING?


Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah di ketahui umum khususnya di kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus di tempuhi oleh ahli-ahlinya.

Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang berjumpa denga kaunselor). Definasi yang di berikan ini terlalu umum.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.

Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif. Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihat-manasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam merupakan asas dalam didikan Islam.

Walau apapun definasinya, pertemuan antara kaunselor dan klien dalam beberapa sesi kaunseling talah dapat mencapai alternatif terbaik untuk individu mengatasi masalah yang dihadapi agar dirinya dapat berfungsi dengan lebih berkesan di alam persekitarannya.

10 TIPS PEMILIHAN KERJAYA


Pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang kompleks dalam kehidupan terutamanya kepada mereka yang masih lagi tercari-cari apa yang mereka kehendaki di dalam kehidupan dan kerjaya. Berikut adalah beberapa tips bagi memudahkan ataupun bagi menjadi penduan kepada individu dalam membuat pemilihan kerjaya.

1. Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati atau disukai.


2. Kerjaya yang dipilih haruslah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.


3. Kerjaya tidak harus datang secara paksaan contohnya dari ibu bapa atau keluarga.


4. Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba (trial & error)


5. Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya. Kejayaan bukan datang dalam sekelip mata. Ia akan memakan masa. Oleh itu ketekunan dan istiqamah serta doa amat penting dalam menjamin kerjaya masa depan.


6. Kerjaya yang dipilih haruslah tidak bersandarkan kepada faktor kewangan semata-mata. faktor lain yang lebih penting harus diambil kira.


7. Sebelum memilih sesuatu kerjaya dapatkan informasi sebanyak mungkin terlebih dahulu.

8. Jumpa orang yang lebih berpengalaman dan bertanya soalan-soalan yang relevan kepada mereka. Dengan kata lain dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar seperti kaunselor dan lakukan inventori minat kerjaya.


9. Dapatkan restu dari kedu-dua ibu bapa. Restu mereka amat penting dalam menjamin kejayaan anda.


10. Lakukanlan Solat Istiharah dan berserah pada Allah s.w.t. Hanya Dia sahaja yang maha mengetahui dan penentu segalanya.

MENCAPAI KEJAYAAN DENGAN HATI PENUH KESEDERHANAAN











Pernahkah anda memperoleh kejayaan dan tiba-tiba anda menangis seraya terduduk atas anugerah yang diperoleh itu?Ketika itu anda rasakan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT atas apa yang dianugerahi? Peristiwa sebegini pernah saya alami. Maka, tidak salah berkongsi. Kejayaan apa, biarlah hanya saya yang tahu. Cuma ingin dikongsikan tentang perasaan sahaja.

Setelah kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, kita pasti akan beroleh kejayaan. Namun, dalam kita berusaha, kita perlu sujud pada Tuhan yang Esa. Pada pandangan saya, jika anda berusaha tanpa iringan dalam hati bersama-sama Allah, kejayaan itu adalah kejayaan yang sia-sia. Hanya kejayaan pada zahir sahaja, zatnya, anda tidak dapat rasa dalam bentuk pahala. Bukankah lebih baik, kejayaan yang kita cipta itu kita bersyukur dengan percaya ini semuanya anugerah Allah SWT. Kita mungkin dapat berbicara bahawa kita bersyukur pada Allah SWT, namun, sejauh manakah hanya hati kita yang tahu dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh tahu sedalam mana hati kita ke arah itu.

Bagaimana ingin rasa bersederhana dan bagaimana perasaan itu boleh dipupuk?Hanya dengan merasai syukur, kita seolah-olah telah berkongsi dengan Allah SWT bahawa kejayaan yang kita cipta itu adalah hak miliknya. DIA yang menganugerahi, dia juga yang berhak menarik balik kurniaannya. Jika kita terlalu bangga dengan kejayaan yang dicipta, maka tidak sengan untuk Allah hentikan kejayaan itu. Contohnya, sekali sahaja kita dapat kejayaan selepas itu, kejayaan lain tidak menyusul. Jika kita sedar perkara ini berlaku, sama-samalah kita berdoa memohon kesederhanaan hati. Kita boleh berkongsi pada orang ramai apa kejayaan yang dicipta walaupun terdapat halangan dalam kita berkongsi disalahertikan, disalahpersepsikan dan sebagainya. Itu sudah kebiasaan. Kita berhak mendapat penghargaan, dan lebih baik kita menghargai diri sendiri. Hanya pokok pangkal hati pusat sagala keikhlasan dan kejujuran.Maka, jika anda beroleh kejayaan yang bertimpa-timpa, jangan dilupa kegagalan yang lalu kerana kegagalan yang lalu menjadikan anda beroleh kejayaan pada hari ini. Selagi hidup dikandung badan, sedarlah asal usul diri. Orang tidak melihat siapa kita pada masa lalu, tetapi orang melihat kita pada hari ini. Hanya Allah sahaja yang melihat siapa kita untuk setiap jangka masa. Maka, rasailah betapa sayangNya Allah kerana sentiasa menjaga dan memerhati kita sejak azali lagi. Pupuklah kesederhanaan hati ketika anda berjaya.

SIAPAKAH GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Perlantikan rasmi sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa adalah berdasarkan kelayakan akademik dan berkemungkinan mereka juga mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang sesuai sebagai seorang guru Bimbingan dan Kaunseling. Terdapat beberapa pandangan tentang sifat atau ciri-ciri untuk menjadi seorang guru Bimbingan dan Kaunseling yang berjaya. Berdasarkan aspek Bimbingan dan Kaunseling Islam, sifat-sifat guru Bimbingan dan Kaunseling adalah beriman dan bertaqwa kepada Allah, jujur dan ikhlas, benar, adil, pemurah dan ramah-tamah, sabar dan tenang, adab dan akhlak, percakapan dan interaksi, toleransi, murah hati dan dermawan, merendah diri,tidak munafik, sentiasa ingin membantu, menepati janji, berilmu serta terlatihdan sesuai (Aziz Salleh, 1994). Hal ini sepatutnya dijadikan suatu kriteria dalam pemilihan untuk perlantikan sebagai kaunselor.

Dalam usaha menolong atau memberikan bimbingan kepada klien, sifat yang perlu ada kepada pembimbing digariskan dalam Islam melalui kitab suci Al-Quran, Surah at-Taubah : 71 :

"Dan orang lelaki dan perempuan yang beriman, di antara
mereka menjadi pemimpin kepada yang lain, mereka menyuruh
mengerjakan yang baik dan melarang daripada mengerjakan
yang jahat dan mereka mendirikan sembahyang."

Gambaran sifat mulia yang perlu ada sebagai pembimbing Islam diperjelaskan lagi melalui Surah al-Imran : 104 :

"Wajiblah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang
menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh
berbuat perkara yang baik dan melarang berbuat perkara yang
jahat. Mereka itulah orang yang berjaya ( bahagia)."

Senarai sifat guru Bimbingan dan Kaunseling yang digariskan oleh Brammer,1973 (dalam Amir, 1986), menyatakan bahawa seseorang guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memiliki dan mengamalkan sifat-sifat seperti kesedaran tentang diri dan nilai-nilai, mempunyai perasaan, sebagai model, minat kepada manusia dan perubahan sosial, memiliki etika dan bertanggungjawab, berempati, kemesraan dan sikap ambil berat, keikhlasan, hormat dan berperasaan positif serta tegas dan khusus. Sehubungan itu untuk menjadi seorang guru Bimbingan dan Kaunseling yang berjaya, seharusnya memiliki dan mengamalkan sifat-sifat yang berkenaan.

Friday, February 12, 2010

UNTUK BAKAL KAUNSELOR

BEBAN tugas banyak, kurang mahir menjalankan program serta tidak mempunyai bahan atau maklumat bagi mengendalikan perkhidmatan adalah antara masalah dihadapi guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan tanggungjawab mereka. Justeru, sekumpulan penyelidik Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diketuai Ab Aziz Mohd Yatim menghasilkan modul perisian interaktif bersepadu bimbingan dan kaunseling, Prodigy, bagi merungkai segala permasalahan itu. Disisni saya sertakan antara modul-modul yang terdapat dalam Prodigy.

INFO: 10 teras Modul
1) Modul Ice Breaking- Permainan kreatif menggalakkan pelajar menonjolkan potensi dan aspek positif mereka.
2) Modul Kemahiran Belajar Lima Domain- Gaya pembelajaran membabitkan lima domain, iaitu audio, visual, kognitif, afektif dan psikomotor.
3) Modul Agape Love (Kasih Sayang Tanpa Syarat)- Perkongsian cerita dan pengalaman bersama peserta bagi mewujudkan suasana kasih sayang dalam komuniti.
4) Modul Subconscious (Tenaga Bawah Sedar)- Perkongsian cerita dan pengalaman bagi menimbulkan kesedaran peserta mengenai kekuatan dalaman untuk dimanfaat bagi meningkat pencapaian akademik ke tahap cemerlang.
5) Modul Kembarun- Aktiviti luar yang menguji tahap kekuatan sesebuah kumpulan bagi menyedarkan peserta bahawa dalam mengharungi kehidupan mesti ada halangan dan cabaran serta setiap kejayaan ditempa mesti menempuh kesusahan.
6) Modul Komunikasi- Ceramah mengenai kemahiran komunikasi melalui pendekatan komunikasi Transaksional dipelopori Erick Berne, iaitu parent, adult dan child (PAC).
7) Modul Personaliti- Peserta didedahkan ciri personaliti diri melalui ujian personaliti bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka.
8) Modul Inteam- Menguji kekuatan sesuatu kumpulan dalam mengharungi permasalahan organisasi bagi memberi kesedaran pentingnya kerja berpasukan, selain meningkatkan semangat kekitaan dan kerjasama.
9) Modul Kerjaya- Ujian Inventori dibekalkan kepada peserta bagi mengenali diri dan potensi diri melalui enam jenis personaliti dan persekitaran kerja.
10) Modul Relaksasi- Ceramah pengurusan tekanan bagi membolehkan peserta menghadapi dan mengendali tekanan terutama pada saat genting seperti peperiksaan atau mengalami masalah peribadi.

Thursday, February 11, 2010

CERAMAH PENGURUSAN B&K


Tugasan semester ni agak mencabar pada saya kerana pada saya tugasan ini akan menguji kreadibiliti saya sebagai seorang bakal kaunselor (INSYAALLAH)..Saya perlu memberikan ceramah pendek kepada kawan-kawan berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan. atas undian yang telah dilakukan, akhirnya, saya telah mendapat ceramah yang bertajuk MENGURUS PERASAAN MARAH. Disini, saya akan kongsikan sedikit pengisian ceramah yang saya akan lakukan nanti..

Antara point utama yang ingin dikongsikan bersama :

* kalau kita sedang marah, sebenarnya pada ketika itu badan kita akan mengeluarkan toksin. Toksin membahayakan tubuh. So, kiranya kita ni macam membunuh diri la kalau asyik marahhh je, tul tak?

* kata seorang ahli falsafah : "marah itu bermula dengan kejahilan dan berakhir dengan penyesalan". (lepas marah tu, mesti rasa nyesal kan?tul tak..?)

* Para Sahabat pernah bertanya : "Apa yang paling berat?" JawabRasulullah : "Murka Allah". bertanya lagi : "Macam mana nak elakkan (murka Allah)?" Jawab Baginda: "Jangan marah"

Beliau juga memberi beberapa tips atau cara untuk mengatasi marah :

1. Istighfar

2. Senyum

3. Melihat cermin (masa marah tu, terus tengok cermin. Cantik tak muka masatu?)

4. Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.

5. Anggap perbuatan dia tidak sengaja dan terus ta'awuz (auzubillah..)

6. Banyak minum air

7. Ambil wudhu

8. Tukar tempat

9. Pecahkan rutin harian

10. Lepaskan (eg : exercise, riadah,main games)

11. Jaga pemakanan (orang yang suka makan daging merah cepat marah)

12. Memaafkan orang lain

13. Ingat mati

14. Dukung bayi

Oleh itu.. jangan marah.. nanti kene jual..

TIPS BELAJAR CEMERLANG

Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat

Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif

Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.

Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.

Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.

Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.

Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.

Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.

Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.

Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.

Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.

Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.

Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.

Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.

Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran

Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.

KATA-KATA MUTIARA


“Manusia itu ada yang sudah berilmu dan ada yang sedang menuntut ilmu dan yang
lainnya adalah orang-orang yang bodoh yang tidak berguna.” (Al Ashfihani)


“Ilmu pengetahuan itu akan menjadi perhiasan bagi pemiliknya dalam waktu makmur dan akan menjadi penolong dalam masa-masa krisis.” (Ibnu Muqaffa’)


Abdullah Ibnu Mubarak pernah ditanya, “Andaikata Allah swt memberitahumu bahawa kamu akan mati malam ini, apakah yang kamu akan lakukan hari ini?” Jawab Abdullah, “Aku akan pergi mencari ilmu pengetahuan.”