CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 13, 2010

BAGAIMANA ANDA MENGURUSKAN MASALAH

Assalamualaikum...

Malam ini saya tetibe terase seperti nak update blog. Lame saya tinggalkan blog ni. Kekangan mase dan kesempatan membataskan untuk saya meluangkan masa terhadap blog ini.

Mungkin saya ni seorang yg suka memendamkan segale masalah. Jarang sekali saya bercerita seseorang. Saya ni tak suke sangat orang lain susah kerana saya. tapi saya ni seorang yg suka dengar masalah orang. Tapi tak pandai sangat la nak selesaikan, mungkin bagi cadangan dan nasihat sikit tu, ok la kot. Jadi saya rase malam ni saya nak tulis tentang bagaimana untuk menguruskan masalah.

Saya mempunyai seorang sahabat baik yang saya kenali sejak zaman persekolahan lagi. Alhamdulillah persahabatan kami berkekalan sehingga ke hari ini. Bagi saya itulah sahabat yang terbaik dikurniakan ALLAH kepada saya. Sahabat yang melihat saat kejatuhan dan kebangkitan saya dalam mengharungi kehidupan. Sahabat yang pernah mengeluarkan air mata ketika melihat keperitan perjalanan hidup saya, sahabat yang sentiasa memahami misi dan visi hidup saya, walaupun adakalanya misi dan visi kami amat berbeza.

Ya, kami terlalu banyak perbezaan. Namun perbezaan tersebut yang membantu kami untuk belajar memahami diri orang lain. Perbezaan tersebut menjadikan diri kami lebih fleksible terutama saya dalam menerima sesuatu perkara. Dari perbezaan tersebutlah saya belajar apa erti redha.

Satu perkara yang amat tidak disukai oleh sahabat saya, mengenai diri saya malahan beliau sentiasa berulang kali menegur saya ,supaya saya tahu bagaimana untuk meluahkan masalah. Ya, mungkin itulah kelemahan saya atau itu kelebihan saya sehingga melayakkan saya untuk mengambil kursus menjadi seorang kaunselor yang sememangnya untuk mendengar permasalahan orang lain. (hehehe, perasan ler pulak) . Saya hanya tahu menerima dan mendengar masalah orang lain, tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Macam mana tu…

Bagi saya berkongsi masalah adalah sesuatu yang sukar untuk saya lakukan. Saya sendiri tidak pasti mengapa, dan adakah ianya adalah satu masalah dalam kehidupan saya? Sebenarnya kesukaran tersebut berlaku kerana saya boleh berubah mengikut keadaan. Bak kata, masuk kandang kambing mengembek, bila masuk kandang harimau kita kena mengaum.

Ya, sekiranya kelmarin saya mempunyai masalah, saya tidak akan membawa masalah tersebut sehingga ke hari esok. Malahan dalam masa satu hingga dua jam selepas itu, saya sudah melupakannya. Bukan bermakna jika saya melupakan masalah tersebut, saya akan meninggalkannya tanpa menyelesaikan masalah tersebut, ianya akan tetap saya selesaikan tetapi saya cari masa yang sesuai untuk saya selesaikan, kerana itulah saya jarang bercerita tentang masalah yang saya alami. Sikap ini amat kontra dengan sahabat saya tersebut, yang pantang melihat muka saya pasti ada cerita yang diceritakan tentang masalahnya kepada saya, malahan adakalanya beliau mengulangi cerita yang sama sehinggakan saya hafal setiap kronologi yang berlaku. Lawak rasanya!. Apa pun saya hanya mendengar, namun itulah kemanisan dalam persahabatan.

kalau tanya bagaimana saya menguruskan masalah.. saya akan berpendapat begini:-

1. Saya akan berfikir bahawa masalah adalah suatu perkara yang datang dan pergi. Berpandukan kepada premis tersebut, maka pada saya masalah adalah sesuatu yang tidak boleh melekat di dalam hati, ia cuma perlu hadir seketika di dalam pemikiran, mencari penyelesaian, menentukan prioriti dengan masalah lain dan bergerak untuk menyelesaikannya.

2. Mengapa masalah tidak boleh melekat dalam hati dan hanya perlu hadir seketika? Jawapan yang saya ada ialah, masalah pada saya ibarat debu. Kalau tidak dibersihkan ia akan jadi kotoran. Kotoran yang dimaksudkan ialah kotoran hati. Apabila hati kotor dan sakit, maka ia akan mempengaruhi akal dan pertimbangan kita. Maka dengan itu, ia hanya boleh hadir dan cepat2 diuruskan sebijaksana yang mungkin.

3. Sebagai hamba, paling penting dan bermakna ialah, kita harus sedar dan insaf, semua yang berlaku adalah atas kehendak Ilahi. Ia adalah suatu ujian. Menguji kita sejauhmana kita bergantung harap kepada-Nya (Berdoa) dan berusaha dalam menguruskan kehidupan kita berlandaskan tatacara yang betul. Andaikata kita redha dan berusaha (Tawakkal), maka kita sebenarnya telah menuruti pra-syarat untuk menjadi manusia yang maju ke hadapan.
Salam dari saya… Jumpa lagi.

0 comments: