CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 13, 2010

APA ERTI SEGULUNG IJAZAH


Konvokesyen yang amat bermakna dalam kehidupan sebahagian manusia yang bergelar mahasiswa. Setelah sekian lama berada di bangku kuliah menimba ilmu, menekuni buku yang berjilid-jilid, dan berhempas pulas berperang di medan ujian, kini harga penat lelah mereka dihargai dengan segulung ijazah yang diterima.


“Wah, ramainya mahasiswa yang grad tahun ni! Kalau macam ni, mustahil Malaysia akan kekurangan tenaga pakar seperti guru, doktor, peguam dan seangkatan dengannya dalam 5 tahun lagi,” fikir saya.


Dalam kesibukan orang bergembira mengambil foto dengan baju konvokenyen dan segulung ijazah di tangan, saya kembali terfikir, apakah erti segulung ijazah yang diterima itu?



Saya akui ijazah tersebut merupakan sebuah penghargaan dan anugerah atas kejayaan menamatkan pengajian, juga ‘lesen’ penting untuk melangkah ke alam pekerjaan. Tapi apakah hanya sekadar itu?


Apalah ertinya segulung ijazah jika kita belajar hanya sekadar untuk mengejar pointer yang tinggi. Apalah ertinya segulung ijazah jika ia dibeli dengan wang ringgit, tiada keikhlasan, penuh kepura-puraan, hanya untuk dibangga-bangakan, dan tiada mengenal erti kehidupan.


Dengan ijazah sebenarnya kita menggalas suatu tanggungjawab yang besar di hadapan Allah S.W.T. dan juga masyarakat. Ilmu yang diperoleh selama di bangku kuliah perlulah diamal dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Kemuliaan ilmu itu terletak apabila ia membawa kepada ketakwaan.



LEMBARAN BUAT WANITA SOLEHAH


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah ?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah ?

Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya,

yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...


Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar....


Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah,

harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah....

BAGAIMANA ANDA MENGURUSKAN MASALAH

Assalamualaikum...

Malam ini saya tetibe terase seperti nak update blog. Lame saya tinggalkan blog ni. Kekangan mase dan kesempatan membataskan untuk saya meluangkan masa terhadap blog ini.

Mungkin saya ni seorang yg suka memendamkan segale masalah. Jarang sekali saya bercerita seseorang. Saya ni tak suke sangat orang lain susah kerana saya. tapi saya ni seorang yg suka dengar masalah orang. Tapi tak pandai sangat la nak selesaikan, mungkin bagi cadangan dan nasihat sikit tu, ok la kot. Jadi saya rase malam ni saya nak tulis tentang bagaimana untuk menguruskan masalah.

Saya mempunyai seorang sahabat baik yang saya kenali sejak zaman persekolahan lagi. Alhamdulillah persahabatan kami berkekalan sehingga ke hari ini. Bagi saya itulah sahabat yang terbaik dikurniakan ALLAH kepada saya. Sahabat yang melihat saat kejatuhan dan kebangkitan saya dalam mengharungi kehidupan. Sahabat yang pernah mengeluarkan air mata ketika melihat keperitan perjalanan hidup saya, sahabat yang sentiasa memahami misi dan visi hidup saya, walaupun adakalanya misi dan visi kami amat berbeza.

Ya, kami terlalu banyak perbezaan. Namun perbezaan tersebut yang membantu kami untuk belajar memahami diri orang lain. Perbezaan tersebut menjadikan diri kami lebih fleksible terutama saya dalam menerima sesuatu perkara. Dari perbezaan tersebutlah saya belajar apa erti redha.

Satu perkara yang amat tidak disukai oleh sahabat saya, mengenai diri saya malahan beliau sentiasa berulang kali menegur saya ,supaya saya tahu bagaimana untuk meluahkan masalah. Ya, mungkin itulah kelemahan saya atau itu kelebihan saya sehingga melayakkan saya untuk mengambil kursus menjadi seorang kaunselor yang sememangnya untuk mendengar permasalahan orang lain. (hehehe, perasan ler pulak) . Saya hanya tahu menerima dan mendengar masalah orang lain, tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Macam mana tu…

Bagi saya berkongsi masalah adalah sesuatu yang sukar untuk saya lakukan. Saya sendiri tidak pasti mengapa, dan adakah ianya adalah satu masalah dalam kehidupan saya? Sebenarnya kesukaran tersebut berlaku kerana saya boleh berubah mengikut keadaan. Bak kata, masuk kandang kambing mengembek, bila masuk kandang harimau kita kena mengaum.

Ya, sekiranya kelmarin saya mempunyai masalah, saya tidak akan membawa masalah tersebut sehingga ke hari esok. Malahan dalam masa satu hingga dua jam selepas itu, saya sudah melupakannya. Bukan bermakna jika saya melupakan masalah tersebut, saya akan meninggalkannya tanpa menyelesaikan masalah tersebut, ianya akan tetap saya selesaikan tetapi saya cari masa yang sesuai untuk saya selesaikan, kerana itulah saya jarang bercerita tentang masalah yang saya alami. Sikap ini amat kontra dengan sahabat saya tersebut, yang pantang melihat muka saya pasti ada cerita yang diceritakan tentang masalahnya kepada saya, malahan adakalanya beliau mengulangi cerita yang sama sehinggakan saya hafal setiap kronologi yang berlaku. Lawak rasanya!. Apa pun saya hanya mendengar, namun itulah kemanisan dalam persahabatan.

kalau tanya bagaimana saya menguruskan masalah.. saya akan berpendapat begini:-

1. Saya akan berfikir bahawa masalah adalah suatu perkara yang datang dan pergi. Berpandukan kepada premis tersebut, maka pada saya masalah adalah sesuatu yang tidak boleh melekat di dalam hati, ia cuma perlu hadir seketika di dalam pemikiran, mencari penyelesaian, menentukan prioriti dengan masalah lain dan bergerak untuk menyelesaikannya.

2. Mengapa masalah tidak boleh melekat dalam hati dan hanya perlu hadir seketika? Jawapan yang saya ada ialah, masalah pada saya ibarat debu. Kalau tidak dibersihkan ia akan jadi kotoran. Kotoran yang dimaksudkan ialah kotoran hati. Apabila hati kotor dan sakit, maka ia akan mempengaruhi akal dan pertimbangan kita. Maka dengan itu, ia hanya boleh hadir dan cepat2 diuruskan sebijaksana yang mungkin.

3. Sebagai hamba, paling penting dan bermakna ialah, kita harus sedar dan insaf, semua yang berlaku adalah atas kehendak Ilahi. Ia adalah suatu ujian. Menguji kita sejauhmana kita bergantung harap kepada-Nya (Berdoa) dan berusaha dalam menguruskan kehidupan kita berlandaskan tatacara yang betul. Andaikata kita redha dan berusaha (Tawakkal), maka kita sebenarnya telah menuruti pra-syarat untuk menjadi manusia yang maju ke hadapan.
Salam dari saya… Jumpa lagi.

Monday, March 1, 2010

KEM BINA SEMANGAT BELAJAR


3 hari yang lepas, kumpulan saya untuk tugasan pengurusan bimbingan dan kauseling telah selamat menjalankan satu kem BISA selam 2 hari 1 malam bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim. Alhamdulilah kem kami ini telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari ahl kumpulan, fasilitator jemputan, pihak sekolah dan pelajar-pelajar darjah enam yang bakal menghadapi UPSR. Kandungan kem ini adalah berfokuskan kepada memupuk minat pelajar untuk belajar dan mengubah sikap yang negatif dalam diri pelajar supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi UPSR.
Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada kem ini. Kem ini banyak memberi ilmu kepada saya bagaimana untuk mengendalikan dan melaksanakan kem dengan berkesan melalui pemerhatian saya terhadap rakan-rakan fasi yang lain menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditugaskan. Ternyata mereka mempunyai banyak kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh seorang bakal kaunselor untuk menjalankan kem atau program. Alhamdulilah, kem kami juga mendapat reaksi dan refleksi yang positif dari peserta-peserta program dan guru sekolah.

Untuk itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan dan fasi jemputan kerana telah memberikan saya satu pengalaman yang berharga.


FASILITATOR

MY TEAM


FASI JEMPUTAN

PESERTA KEM

Thursday, February 25, 2010

S.T.R.E.S.S


Sudah menjadi fitrah bagi setiap insan terutamanya golongan mahasiswa/i sering berhadapan dengan stress di sebabkan oleh masalah akademik mahupun peribadi. Selaku golongan berpendidikan ataupun golongan intelak,stress adalah satu perkara yang positif sekiranya kita tahu hendak mengolah atau menaganinya serta mengurusnya dengan baik dan sistematik.


Pengurusan stress yang baik adalah lahir dari ketenangan diri yang ingin dan berani berhadapan dengan stress itu sendiri.Oleh itu, peringkat pertama untuk menguruskan stress ini adalah mencari ketenangan diri melalui S yang pertama iaitu SOLAT. Sebagai seorang muslim yang di berikan nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN oleh Allah s.w.t kita hendaklah bersyukur di atas pemberian nikmat ini dengan menjadikan Allah sebagai matlamat yang pertama dan utama dalam memohon pertolongan.Dalam mencari ketenangan diri, SOLAT merupakan satu cara yang paling sesuai dan berkesan kerana di dalam solatlah kita akan berhubung secara langsung dengan Allah s.w.t dan merupakan tempat mengadu yang paling menyentuh jiwa.Solat juga menjadi satu medium untuk kita mengingati Allah s.w.t dan ingatlah firman Allah s.w.t

Allah berfirman yang bermaksud:
”orang-orang beriman dan tenang hatinya adalah dengan mengingati Allah,ingatlah hanya mengingati Allah hati menjadi tenang”.(ar-Ra’d:28)


T yang seterusnya memainkan peranan penting dalam meneruskan pengurusan stress ini iaitu T-THINK POSITIVE. Sikap ini penting dan perlu ada pada diri setiap individu untuk membantunya dalam menguruskan stress diri dengan baik.Pemikiran atau mind set memainkan peranan penting dalam mengawal setiap tindakan yang dilakukan oleh setiap individu.Sebagai contoh,jika kita ingin melakukan sesuatu perkara,sekiranya kita menganggapnya sebagai satu tugasan yang agak susah atau membebankan sebelum melakukanya sudah pasti di dalam proses kita melakukan perkara tersebut sudah pasti kita akan berhadapan dengan kesusahan dan bebanan dalam menyelesaikan kerja tersebut. Tetapi sebaliknya, jika sebelum melakukan sesuatu kerja kita menganggapnya sebagi satu kerja yang senang dan seronok sudah tentu kita akan berasa senang dan tenang dalam menyesaikan kerja tersebut.Mungkin kadang-kadang kita akan berhadapan atau menerima sesuatu perkara yang kita tidak sukai yang menyebabkan diri berada dalam keadaan tertekan dan sedih.Tapi ingatlah!mungkin perkara yang kita tidak sukai itu adalah sesuatu yang terbaik untuk diri kita buat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang dan mungkin perkara yang sangat kita sukai itu merupakan satu perkara yang tidak memberikan sebarang kebaikan pun pada diri kita bahkan boleh memudaratkan diri kita sendiri. Perkara ini telang di jelaskan oleh Allah s.w.t di dalam kitabnya:


Allah berfirman yang bermaksud:
"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak menegetahui”.(al-Baqarah:216)


Salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya stress ini adalah kerana badan dan minda kita terlalu letih dan penat dengan bebanan pembelajaran dan juga perkara-perkara lain seperti assigment dan juga tugasan dalam berpesatuan ataupun projek kolej.Oleh itu,sebagai penyelesainya kita hendak memberikan peluang dan ruang untuk pada diri dan minda kita untuk R-REHAT seketika.Saya bukan maksudkan bahawa rehat itu dengan kita bersahaja tanpa melakukan sesuatu perkara ataupun tidur semata-mata tetapi rehat di sini adalah kita melakukan sesuatu perkara yang mampu merehatkan minda dan diri kita seperti membaca AL-QURAN atau melakukan perkara ringan yang menenangkan dan sebagainya.


Sudah menjadi fitrah bagi remaja zaman sekarang yang sentiasa inginkan hiburan.Selaku seorang muslim yang beriman pada Allah s.w.t kita hendaklah faham bahawa hiburan bukanlah sesuatu kesalahan di dalam Islam sekiranya ia diterajui dengan cara yang betul yang tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah serta tidak melanggar perintah Allah s.w.t.Faktor yang lainnya yang menyebabkan sterss adalah di sebabkan kita terlalu sibuk dengan pelajaran dan juga tugasan-tugasan lain sehinggakan tidak dapat memberi peluang pada diri untuk berhibur seketika.Oleh yang demikian,E seterusnya dapat membantu kita dalam menguruskan stress ini iaitu E-ENTERTAIN yourself.Hiburan atau raikan diri di sini saya maksudkan adalah hiburan yang dapat membina diri bukannya melalaikan.


Selalunya orang yang mengalami stress ini akan bersikap dingin dengan orang lain dan juga sentiasa berada dalam keadaan murum.Oleh itu,dalam proses pengurusan stress yang berkesan dalam menangani sikap ini ialah dengan mengamalkan S yang seterusnya iaitu sentiasa SENYUM selalu. Dengan mengamalkan sikap sentiasa senyum ini dapat membantu minda kita dalam melawan sikap atau perasaan dingin dan murum pada orang lain.Dalam Islam juga Rasulullah s.a.w menggalakan umatnya sentiasa mengamalkan senyum selalu kerana ”senyum itu adalah sedekah” dan dengan senyum itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat yang lain.


Akhirnya dalam menguruskan stress yang berkesan ini kita hendaklah mencari atau mendapatkan S yang terakhir iaitu mencari SUPPORT.Mencari sokongan ataupun support ini perlu bagi setiap individu dalam memberikan semangat dan sebagai motivasi kepada diri seseorang itu.Sebagai contoh,sekiranya seseorang itu menghadapi tekanan di sebabkan masalah akademik,dia boleh menghilangkan tekanannya itu dengan mencari sokongan daripada pensyarah ataupun sahabat-sahabat terdekat yang mampu menyelesaikan masalah akademiknya itu.Sokongan amat penting dalam menaikan semangat seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.Sebab itu, dalam konsep kehidupan ini,Allah s.w.t dan juga Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya hidup dalam keadaan berjemaah ataupun berorganisasi kerana dengan hidup berjemaah inilah mampu memberikan kekuatan pada setiap ahlinya.Saling menasihati dan memberikan galakkan serta sokongan merupakan satu perkara yang perlu di amalkan dalam konsep kehidupan berjemaah ini agar setiap individu mersakan mereka tidak berseorangan dan mempunyai sokongan yang ramai dalam melakukan sesuatu perkara.


Kesimpulannya, pengurusan stress yang baik mampu melahirkan individu yang hebat dan matang dalam meneruskan kehidupan ini selaku hamba yang beriman dalam mengejar keredhaan Allah s.w.t...Renung-renungkan dan sama-sama kita beramal denganya..
SUMBER:


(MASTER KEY OF TARBIYAH)

Wednesday, February 24, 2010

KESAN PEMIKIRAN POSITIF TERHADAP KESIHATAN DAN BADAN




Tubuh merupakan hamba minda. Ia mematuhi operasi minda, tidak kira samada ia sengaja dipilih atau otomatik. Fikiran yang kusut memberi penyakit pada badan, manakala fikiran yang gembira, mencantikkan tubuh.Penyakit & kesihatan berakar dari pemikiran. Fikiran yang jahat diluahkan melalui tubuh yang jahat. Perasaan takut boleh membunuh. Manusia yang sentiasa khuatirkan penyakit akan mendapatnya. Kerisauan merendahkan moral seluruh tubuh, membuka pintu terhadap penyakit, manakala fikiran yang jahat walaupun yang tidak dilayan akan memusnahkan sistem saraf.Fikiran yang kuat, suci dan gembira menghidupkan tubuh. Tubuh umpama alat plastik yang halus yang bertindakbalas terhadap minda dimana fikiran akan memberi kesan yang baik atau buruk.


Manusia yang berfikiran jahat akan mempunyai darah yang kotor dan beracun. Hati yang bersih membentuk kehidupan dan tubuh yang bersih. Fikiran merupakan pusat bagi tindakan, kehidupan dan manifestasi. Sucikan pusat, dan segalanya akan menjadi suci.Penukaran diet tidak akan membantu manusia yang tidak mengubah cara pemikirannya. Apabila fikiran adalah suci, dia tidak mengingini makanan yang tidak suci.Fikiran yang bersih membentuk perlakuan yang bersih. Pakar agama yang tidak membersihkan diri bukanlah pakar agama. Kawal minda untuk menyempurnakan tubuh.


Cantikkan minda sebagaimana anda mencantikkan tubuh. Fikiran jahat seperti kebencian dan kekecewaan membawa penyakit kepada tubuh. Muka yang masam disebabkan fikiran yang masam. Kerut di dahi dilukis oleh kebanggaan.Tiada doktor sebagus fikiran yang positif untuk menyembuhkan sakit badan manakala hati yang baik boleh menghindarkan kesedihan. Jika kita sentiasa dilamuni perasaan curiga dan syak wasangka, kita seolah-olah memenjarakan diri. Jika kita mengharapkan yang terbaik bagi orang lain, sentiasa gembira dan belajar dengan sabar untuk mencari kebaikan dalam segalanya - fikiran yang tidak mementingkan diri ini merupakan pintu ke syurga; dan fikiran yang aman akan menenangkan pemikirnya.


Moral /pengajaran :


1)- Pemikiran positif adalah ubat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kanser dan barah otak


2)- Pemikiran positif adalah satu 'alat' yang mampu mengubahkan 'alam dan perasaan' minda separa kita.


3)- Pemikiran positif mempengaruhi afektif dan t/laku kita.


4)- Berfikirlah secara positif apabila kita berbicara tentang diri sendiri ,rakan-rakan,saudara mara ,keluarga ,majikan dan lain-lain


5)-Pemikiran positif mampu membawa kita kearah kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan ,kerjaya ,pergaulan sosial dan lain-lain.6)Fikiran positif juga mampu menyerikan,mencantikkan dan memudakan wajah. Sentiasa tersenyum ,bertenang dan gembira selalu.

Monday, February 22, 2010

SIAPAKAH KITA SEMASA SOLAT



Sebenarnya Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:- yang bermaksud


“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-


"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


SIAPAKAH KITA?